Penyakit Darah Tinggi

ASSALAMUALAIKUM

Okay, kali ni update pasal risalah yang saya ambil tu..dimulakan dengan penyakit darah tinggi..jangan ingat hanya senior citizen je alami penyakit ni..sekarang ni yang muda mudi pun dah ada menghidap darah tinggi..sangatlah bahaya..jadi anda semua perlu tahu, okay?

Apa dia tekanan darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan  terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut

120/80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung..ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman..ia dipanggil tekanan diastolik.

Pemeriksaan tekanan darah secara berkala boleh mengesan Penyakit Darah Tinggi bermakna bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90mmHg atau lebih.

(sumber daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tekanan darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa..ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda..jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apa dia tekanan darah tinggi?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima : 130/80mmHg

Tekanan darah tinggi : lebih daripada 130/85mmHg..misalnya, jika tekanan melebihi 180/110mmHg..kadar tekanan darah anda terlalu tinggi.

Mengapa anda perlu mengetahui tentang darah tinggi?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala..anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat..hanya satu cara mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.

Komplikasi tekanan darah tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti 
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakkan buah pinggang
  • pengerasan arteri (arteriosclerosis)
  • kerosakkan mata yang boleh menyebabkan kebutaan

Jika tekanan darah anda optima (130/80mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara :

1. Memeriksa tekanan darah anda secara berkala :
- 2 kali setahun jika kadarnya normal
- lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi , angin ahmar atau serangan jantung.

2. Tidak merokok :
- nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat..nikotin juga menyempitkan saluran salur nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

3. Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan :
- garam : garam yang berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya..ini akan meningkatkan tekanan darah.
- lemak : lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

4. Kekalkan berat badan unggul.

5. Bersenam secara berkala.

6. Elakkan pengambilan alkohol.

(gambar daripada google.com)

*sumber artikel daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia


0 comment(s):