Tips menghilangkan lapar, dahaga dan letih di bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah..hari ni adalah hari ke 3 kita berpuasa..masa berlalu terlalu pantas..walau apa pun kat sini saya nak kongsi tips menghilangkan lapar dan dahaga di bulan ya mulia ni daripada segi 'saintifiknya'..hahaha

okay bagi petua tak nak bagi dahaga semasa di bulan puasa..masa sahur tu minum la air suam contohnya milo suam, teh suam atau apa2 yang suam..tapi paling baik plain water la atau dalam bahasa melayu, air putih..insya Allah tak rasa dahaga di waktu kita berpuasa..ni petua daripada mama saya..saya dah amalkan bertahun2..alhamdulillah..sangat berkesan..

bagi petua nak menghilangkan rasa lapar pulak..okay ni bukan petua daripada segi saintifik..ni petua daripada segi nuraninya..hehe..engineer/instructor di mesiniaga, En. Che Ismail ada bagitau saya, untuk menghilangkan rasa lapar kita kena ingat balik apa dosa yang kita dah buat hari tu atau apa2 kesalahan..bila dah ingat, istighfar dan berdoa la..mintak ampun daripada Allah SWT..insya Allah puasa kita akan berjalan dengan lancar..bila lapar je ingat la apa perkara yang salah yang kita dah lakukan..

sebagai tambahan..petua untuk menghilangkan letih..ye la mungkin bagi sesetengah individu ni dia bekerja berat..ada yang memerlukan kekuatan fizikal..ada yang memerlukan tumpuan mental..jadi ambil la masa 10-15minit sebelum waktu zohor untuk lelap/tidur kejap bagi recharge tenaga..ni petua daripada En Che Ismail jugak ni..hehehe

okay till then


*tujuan artikel ni hanya untuk perkongsian ringan bagi mereka yang memerlukan..tapi untuk tips yang betul2 berkesan bolek rujuk di KONGSIBERSAMANORA, PETUASEJAGAT, ISMIILHANI dan lain2..boleh rujuk di google.com ye..hehe