Jangan lupa untuk senyum

ASSALAMUALAIKUM

hari ni saya ke Hospital Tettttttt..okay i can't mention the name and location..saya sangat terkejut bila Pembantu Tadbir di Jabatan Ortopedik tu tengking budak lelaki, "dah 3 kali saya panggil..awak tak dengar ke???!!!!" loudly..OMG! budi bahasa budaya kita la, cik kak..nasib baik la budak lelaki tu tersengih2 je..kebetulan masa tu saya daripada Jabatan Pesakit Luar (OPD) nak ke farmasi yang bersebelahan dengan Jabatan Ortopedik..saya sempat tengok siapa yang tengking tu..2 orang perempuan muda..saya tak tahu la yang mana satu yang tengking..kalau patient ramai pun takkan la tak tahu nak cakap elok2..mana la tau budak lelaki tu buat aduan tingkah laku ke..jangan kerana sekali tengking tu terjejas reputasi anda..

satu lagi masa saya buat urine test dekat makmal setellite..nombor lain semua dah panggil..saya pun tanya attendant lelaki dekat kaunter, "nombor tettt tettt tettt tettt ada dah ke, encik?"..dia tak tengok kertas nombor yang saya pegang tu pun terus dia cakap, "tak de tak de..belum keluar lagi" dengan muka masam mencuka tu..okay..saya tunggu lagi setengah jam..saya rasa tak puas hati saya tanya lagi, "encik, nombor saya ni tak panggil lagi ke?"..lepas tu dia angkat kertas2 dalam tray atas kaunter tu..baru jumpa result urine saya..saya tak de la rasa nak marah pun tapi budi bahasa budaya kita, okay? 

saya faham setiap hari ramai patient awak kena layan, dengan patient bising2 dan banyak kerenah tapi awak kena fikir jugak orang2 yang datang hospital ni sakit..perlukan rawatan..kalau awak senyum mesti akan mengurangkan sakit mereka kan? normal la hospital kerajaan perlu menunggu lama..kalau datang pagi, tengah hari baru habis..tapi senyuman tu kan charge positive yang akan menghasilkan keselesaan..saya sangat memuji attendant wanita yang bertugas di bilik rawatan 15..nama dia Puan Hanieliana..i mentioned her name..yeah!! i mentioned her name!!!! hahaha..sorry kalau puan bukan attendant sebab saya tak nampak jalur biru atau ungu dekat tudung puan..so maafkan saya kalau saya tersilap jawatan puan..hehehe


(gambar daripada google.com)

awak marah2 pun orang takkan faham keserabutan awak..yang orang faham 'dia ni tak reti nak cakap elok2 ke'..so, there is no point for u not to smile ;)

so,kepada semua staf Hospital Tettt..ini pesanan saya


(gambar daripada google.com)

0 comment(s):