Single tiga bulan

ASSALAMUALAIKUM

Oh hai..dear 'single days'..manfaatkan betul2 waktu single anda!!!! Ooo yeah..lagi tiga bulan mahu cakap apa? Mahu cakap yang hari sudah dekat..hmmm preparation masih dibuat..preparation ada 2 bahagian..nikah dan kenduri..perlu bagi perhatian pada both event ya..tunang saya perlu diberi tekanan untuk siapkan borang2 semua ya..kita push dia sikit..kihkih..lain2 semua berjalan seperti biasa..kita perlu bersemangat diwaktu2 begini..semangat!!!!

Bakal Suamiku ker?

ASSALAMUALAIKUM

Tarikh nikah dipercepatkan!!!! Ooi tak confirm lagi..tapi 90% tu macam confirm..nervous pulak..kau gila apa tak nervous..kahwin kot..bukan hari raya haji mahupun pesta buih..hmm aku dah nak jadi isteri orang..ngeri..buatnya keluar rumah lupa nak bagitau kat suami macam mana?  (tipikal bakal pengantin)..orang yang dah berumah tangga dah tak heran semua tu

Kepada bakal suami saya..kita sama2 teruskan hidup ya..sama2 belajar..sama2 bertoleransi..sama2 memaafkan..sama2 mengharungi dugaan dan kepayahan dalam perkahwinan kelak..bakal suami pergi kerja naik kaki pun saya ok je..saya terima bakal suami saya seadanya

Bakal suami, kamu ok? Dah bersedia nak menjaga saya yang kadang2 tak berapa betul ni? hmm tapi ketahui la bakal suami..saya memang suka ikut suka saya je..harap bakal suami sabar ya..tapi saya akan menghormati bakal suami sepenuh jiwa saya..bermula daripada sekarang! (Practise makes perfecto)

Bakal suami yang dihormati, lebih kurang tiga purnama lagi kita akan dihalalkan (power jugak ayat aku kadang2)..terimalah saya seadanya seperti kamu terima 'harga minyak petrol naik saban hari'..redha..saya tak boleh menjadi bunga yang kembang mekar seperti kamu selalu kata..saya tak layak kembang sangat sebab saya ni slim je (bluerkkk)..walaupun saya jadi tulip yang kecut je memanjang..tapi saya tetap akan jadi cantik untuk bakal suami selepas pernikahan nanti..eh tulip tu cantik jugak apa

Bakal suami saya, saya akan ulang ayat2 ini selama mana kita belum bernikah..update blog adalah sesuatu yang sangat stress untuk saya..saya malas..tapi saya ni lagi malas nak tulis 'dear diary'..maka blog ni senang..tekan2 je..nampak tak saya seorang pemalas? Nanti lepas kahwin kamu masak ye..saya nak tidur..okbai

Tunang saya yang hensem, hensemkah kamu? Ya kamu hensem dimata saya..jangan berani kata tak hensem..saya tak suka dengar ayat tu..tapi kamu sebut jugak..sekarang saya bagi pilihan..nak siku ke nak lutut? Kamu hensem macam bakal suami saya la..haha

Bakal zauj saya (kali ni versi lain sikit), terima kasih sudi nak ambil saya jadi isteri ya..nak nafkahi saya dengan usaha dan hati kamu..dan nak berkehidupan dengan saya..terharu ni..sobs..adakah saya perempuan yang bertuah itu? YA! Terima kasih hadiahkan saya bakal mertua dan ipar duai yang baik dan manis sekali..umpama cotton candy manisnya

Bakal suami..saya menaip daripada hati..tiada hasutan syaitonnirrajim di bulan yang mulia lagi tenang ini..saya takut+gembira=bahagia..kita sama2 berusaha untuk kehidupan di dunia serta di akhirat..saya tak harap kamu sorang je bimbing saya..kita sama2 ok..merangkak bersama pun tak pe asalkan pengakhiran hidup penuh bekalan..insya Allah..

Akhir kata majulah rumah tangga untuk ummah..haha..ni sehabis maneh yang i boleh tulis untuk u..i tak pandai nak maneh2 ni..till then

Semua tentang kita

ASSALAMUALAIKUM

Saya menulis entry ini di dalam bilik aircond yang sejuk lagi salji..saya sedang tunggu server boot up..hey anda semua tahu tak apa maknanya dengan erti persahabatan? Adakah anda semua berperasaan sedih jika sahabat anda sekian melupakan anda dan sahabat2 yang lain?

3 tahun lalu, waktu terakhir kami sama2 berada di kampus..dimana pada waktu itu kami selalu bersama saling mendokong..ewah..saya ingat lagi setiap kenangan yang terjadi antara kami semua..pergaduhan, makan bersama, study bersama..bak kata orang kampung saya, partner in crimes..bila tak cukup quota dalam group kami mesti org akan tanya, Wani mana? Nurul mana? Faiz mana? Azli mana? 3 tahun persahabatan kami di kampus..tahun ni hubungan kami sudah hampir 7 tahun..kami mengenali perangai masing2..sudah ibarat keluarga..

Sekarang segalanya sudah berubah..alhamdulillah sekarang semua dah ada improvement..saya sangat gembira dengan pencapaian masing2..kalau sahabat2 saya berjaya..saya sangat bangga dan gembira..but the other side, saya sedih dengan sikap salah seorang daripada sahabat saya..sedarlah sahabat bahawasanya kita semua berasal daripada bawah..kita sama2 melalui kehidupan selama 7 tahun ni..saling membantu dan mempercayai..dimana 'semua tentang kita'?

Sahabat yang buat saya selalu kuat dulu, hari ni telah buat saya sedih..sedarlah sahabat..kita tak ada simpan perasaan yang buruk walau sikit pun antara kita..kenapa perlu ada sifat bongkak dalam diri? Kenapa perlu menyindir bagai kita saja yang hebat?

Muhasabah kembali diri kita..adakah dengan ilmu yang kita ada segumpal cukup untuk membuang sahabat sendiri dan merasakan sahabat kita 'not my level'? Pergilah sejauh mana yang kamu mahu sahabat..pergilah terbang tinggi2..cuma jangan lupa dimana tempat kamu belajar untuk terbang :)

Surat 5 bulan

ASSALAMUALAIKUM

Lagi 5 bulan lebih untuk mendirikan rumah tangga..insya Allah..hope everything gonna be alright..tak banyak preparation yang dibuat dengan kesibukkan diri sendiri pergi kerja..tapi alhamdulillah segalanya lancar setakat ni..

Menaip guna handphone boleh tahan mencabar jugak..memerlukan jari2 yang teror menaip di papan kekunci qwerty secara visual..silap taipnya entah apa yang keluar..memanjang je typo..lepas tu guna apps blogspot ni tak boleh centre kan allignment..lagi saya stress disitu..nak bagitau taip guna papan kekunci qwerty pun dah padu satu perenggan..haih

Tergerak hati nak menaip pasal tunang saya..tak pernah pun ada compliment untuk dia secara bertulis..bila ko baca ni harap ko buang anasir2 jahat yang cuba memporak porendakan hubungan kawan yang telah terjalin sejak zaman aku praktikal dan ko baru kerja..hmm ko yang mengorat aku kan? :p

First time aku jumpa ko..sumpah tak terdetik pun nak suka ko..tetiba dah nak kahwin hujung tahun ni..hahaha..terima kasih sebab sabar..aku tau la aku macam mana..tapi bila aku emosi..ko pun nak turut serta emosi jugak..huh..aku dah kata sabar dengan aku..aku akan berkeadaan 'gila' untuk sesuatu ketika..tapi bukan bererti aku sudah give up walaupun aku kata aku give up..aku membohong je tu..saja nak provok ko dan menunjukkan protes..haha

Terima kasih sebab bersusah payah kumpul duit dan menggunakan jalan yang elok dengan datang jumpa mama dan papa aku..dan sudi jugak bawak mak dan abah ko datang rumah jumpa aku..bersyukur sebab mak dan abah ko sangat baik..lepas ni nak mengadu kat makcik kalau ko buat aku nangis ok? Yes!

Terima kasih sebab menerima family aku..ayat aku memang tipikal sangat tapi aku ikhlas ni..ko apa tau..bukan senang nak sesuaikan diri dengan keadaan baru bukan? Tapi dalam malu2 ko pun akhirnya ko jumpa jugak dengan family aku..sebenarnya ko buat aku tak lena tidur fikirkan sebenarnya ko paling berani dalam dunia aku..hahaha..ok sila muntah

Terima kasih sebab ko telah melenyapkan seluruh rasa paranoid aku terhadap kaum ko..haaa..aku mengubati hati for 3 years..alhamdulillah..ko datang dengan hajat yang mulia..ok past is past..mungkin Allah simpan perasaan aku untuk yang lebih layak..dan mungkin ko mendoakannya..aku tak tahu..

Sebenarnya aku sangat menghargai apa yang ko buat..tapi biasa la..aku kan perempuan..aku perempuan yang berperangai tulen seperti seorang perempuan..mungkin itu adalah challenging untuk ko la..kitab memahami perempuan susah nak dapat..tapi aku ada copy dan paste di blog aku dengan title "kerana dia seorang wanita"..good luck..kena mengadap perangai aku..padan muka! :p

Tapi don't worry, tunang..as long as kita boleh tolerate each other..aku rasa kita akan happy setiap hari..kalau hari ni aku meroyan..ko senyum je..esok ko meroyan..aku hantuk ko dengan kuali..melawak je..aku pun senyum jugak la..haha

Tolong jangan percaya kata2 bila aku sedang marah atau emosi..kadang2 aku bagitau sebab apa aku jadi terlalu emosi kan? Jadi ko harus faham..mungkin ko tak faham selagi ko tak berdiri ditempat seorang perempuan..keadaan setiap perempuan adalah berbeza..jangan samakan aku dengan keadaan kawan2 perempuan ko..peace

Akhir kata..terima kasih untuk segalanya..ko buat aku jadi lebih manusia..sebelum ni aku peri2 kecik..haha..sebelum ni aku kurang berfikir dengan lurus..semoga ko jadi suami aku yang paling baik dan memahami bagi aku suatu hari nanti..perkataan suami tu dah cukup untuk aku set di kepala dan otak aku bahawasanya harus dihormati..jangan break the glass dan biarkan rasa hormat aku terhadap ko tu terhakis..sama2 berusaha! Good luck..5 months to go

Kerana dia seorang wanita...

ASSALAMUALAIKUM

1)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 

2)Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 

3)Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 

4)Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 

5)Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!. 

6)Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 

7)Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 

8)Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

9)Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 

10)Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Diikat di pokok pisang..hehe

ASSALAMUALAIKUM

Hai..long time no see..see siapa? u all la..hehehe..nak cerita perasaan ditunangkan dengan seorang kawan..kawan ok dan tak lebih daripada tu..walaupun saya suka dia tak semestinya kami couple..alhamdulillah dia sudi berkenalan dengan kedua ibu bapa saya dan keluarga..dan sudi membawa ibu bapa dia untuk jumpa saya dan kedua orang tua saya..segalanya berjalan dengan lancar..tibalah hari pertunangan kami..saya tak nervous..saya relax..malu sikit2 tu biasa la..tempoh majlis pun tak lama..berbincang..sarung cincin..dan jamuan makan..cukup mudah..alhamdulillah

Sekarang saya dah jadi tunangan orang (hmm..tak boleh la mengorat dah)..tipu je..okbai..semoga dengan ikatan pertunangan kita ni berakhir dengan perkahwinan dan hubungan perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat..saya harap kami sama2 sabar dalam menempuhi tempoh ni sebab semua orang tau tempoh pertunangan adalah tempoh yg sukar..dia sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk perkahwinan kami nanti..sentiasa berusaha..terharu juga kadang2..semoga keluarga yang bakal kita bina ni mendapat keberkatan Allah SWT dan sentiasa mendahulukan Allah SWT dalam apa jua keadaan..bukan mudah tapi saya yakin jika kita sentiasa berusaha..



Many thanks!

ASSALAMUALAIKUM


For you..yes you! I am sorry if I let you down..

Thanks for your help/ assistance/ support
Thanks for helping me out
Thanks so much for all you've done to help me
Thanks for your attention
Thanks for your advice. It was very helpful and wise!
I really appreciate what you told me when I was feeling down
I really appreciate all the help you gave me
Thanks for listening
Thanks for spending all your time with me
Thanks for all of your kindness..

Dear Allah, thanks for sending me great people

The messenger of Allah SWT said, "Whosoever leaves something for the sake of Allah, then Allah, the Mighty and Magficient, will replace it with something better than it". - Reported by Ahmad (5/363), Sahih




KPOP atau kepoci?

ASSALAMUALAIKUM

Mesti semua dah tau kan pasal kes KPOP dengan anak gadis muslimah tu kan? entry ini diterbitkan bukanlah berniat untuk mengaibkan anak2 gadis itu/ keluarganya atau saya sebagai pemegang title muslimah itu sendiri..saya juga bukanlah keyboard warrior yang hanya tahu melalak di dada blog mahupun di media sosial..saya hanya meluahkan perasaan kurang senang dan sedih saya kepada apa yang dah terjadi dengan budaya KPOP dan wanita muslimah dalam masyarakat kita..

Pertama kali saya tonton video tu..perasaan saya marah + sedih + kesal dengan perilaku muslimah yang terkinja-kinja atas pentas sambil menjerit kesukaan..disini faktornya bukan budaya atau adat..disini faktornya adalah agama..agama yang kita pegang sejak kecil sehingga kini..saya tidaklah gadis bertudung labuh mahupun ustazah..tipikalnya masyarakat kita kalau cakap baik2 mesti ustazah..menegur sesama manusia tak perlu tunggu jawatan ustazah untuk disandang..ambillah yang positif ya..

Ramai juga yang komen 'ini semua salah mak bapak'..uissshhhh..jangan sewenangnya cakap macam tu..perlu ada 99 inferens ya..kadang2 anak2 ni dah diajar dengan ilmu agama yang cukup..siang malam ibu ayah berleter tak cukup air liur..pengawasan dah ketat dah..depan mak ayah baik lentok je..bila masuk asrama dah kejutan budaya pulak..terasa diri bebas..tak ada yang mengawasi..tambah2 yang duduk rumah sewa..saya pernah duduk rumah sewa suatu ketika dulu..semuanya diatas pilihan sendiri..nak buat perkara elok atau pun tidak..sampai bila ibu bapa nak mengikut kita? anak2 dah sambung belajar..dah keluar daripada rumah..takkan ibu bapa nak ikut duduk kat asrama / rumah sewa sekali? ibu bapa sangka anak duduk baik2 kat asrama / rumah sewa dengan belajar..bila call tanya buat apa? jawab tengah study ni..nak exam..tapi saya tak menyangkal boleh jadi juga ibu bapa kurang mengawal pergerakkan anak2..saya sendiri tak tahu situasi sebenar gadis2 muslimah tu..cuma saya hanya berfikir kemungkinan..

Normal la apabila meningkat remaja ada tarikkan magnet dengan jantina yang berlainan..cuma bahayanya disini fitrah itu disalah guna..fitrah dimana Allah dah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi..fitrah dimana Allah dah jadikan lelaki dan perempuan saling mencintai..tapi bukanlah bermakna membenarkan lelaki sewenangnya memegang tubuh badan kita tanpa ada ikatan pernikahan..fikirlah Allah tuhan kita, nabi2 kita, ibu bapa kita, kaum keluarga kita, bakal suami/suami kita dan maruah kita sebelum buat sesuatu..menangis ibu bapa kita kalau tonton kita buat perkara begitu..dimana nilai harga diri kita..terleka dengan ketampanan pemuda yang boleh dikatakan bukan calon suami kita..tapi saya tidak menidakkan jodoh Allah tu..kita tak tahu..tapi agak mustahil

Panjang pulak saya membebel..cuma saya rasa sedih dan terkilan dengan perbuatan tu..memanglah..remaja..hanya mengikut hati dan perasaan..cumanya jangan mula untuk melangkah ke tempat yang tak memberikan faedah..bisikan syaitan itu sangat bahaya..walaupun seyakin manapun kita pada diri kita tak akan melakukan perkara buruk, tapi syaitan itu lebih licik dan keji untuk membawa kita hanyut dibuai kelekaan dunia..semoga semua ini menjadi pengajaran kepada mereka dan kita semua..saya rasa bersyukur masyarakat kita masih ada sensitiviti mengenai perkara ni..tegurlah mana yang termampu dan elakkan mencarut sana sini..saya tahu..semua orang marah..tapi tak perlu mencarut kot? hehe..agama tu kan nasihat..

Ada jugak insan yang mengklasifikasikan kemarahan orang ramai ni sebagai manusia2 kepoci..mungkin tersebut merasa diri high class..ini bukan isu keyboard warrior mahupun saja buat kecoh..ini isu berkaitan agama..perlu bersyukur masyarakat kita masih sedar perkara tu adalah salah dan semua ada perasaan marah daripada langsung tak da perasaan dan membiarkan anak2 gadis muslimah daripada terus hanyut..ketepikan perasaan 'high class' anda dan fikir apa akan jadi kalau dibiarkan..

Maafkan saya kalau ada ayat saya yang tak kena atau mengguris perasaan..sekadar meluahkan rasa kecewa..


Kitchen Counter for Aisyah!

ASSALAMUALAIKUM

hai all..saya mencari kitchen counter yang comel2 untuk anak buah..kat mana eh..kalau boleh nak yang comel..haha..penting ke comel tu..asalkan ada function sudah..sebab tengok gambar anak buah tu main masak2 di usia 11 bulan (advance ok dia punya tahap bermain) jadi terfikir nak beli kat dia..macam kitchen counter anak Irine Nadia tu..comelnya..tapi kalau dapat yang biasa pun ok jugak..comel jugak apa sebab mainan kanak2 semuanya comel2..'mak2' sangat kan..haha..birthday anak buah tu 6 Februari ni..


comel jugak kan? till then

Entry untuk 2015 masihi

ASSALAMUALAIKUM

Sempena tahun baru masihi ni saya nak update blog..haha..jealous tengok Farid (read4share) mencari bahan untuk dia update blog..haha..anyway, sila la singgah ke blog Farid ye..

Di awal tahun ni..dikurniakan rezeki yang melimpah ruah (actually rezeki tu tiap2 hari Allah dah bagi)..alhamdulillah..cuma saya planning sesuatu dalam hidup..semenjak usia emas muda remaja ni, macam2 la nak plan dalam hidup..selain daripada menyerahkan segalanya kepada Allah..kita juga perlu ada perancangan dan usaha ye anak2..terdengar suara menghantui diri ini..'sampai bila ko nak jadi macam ni..asyik membuta je..cuba bangun dan berusaha..pemalas!!!'..ok ayat 'sampai bila ko nak jadi macam ni' tu betul..ayat belakang2 tu rekaan semata2..haha

Sekarang waktu berlibur di office kerana sekarang ni dah pukul 8 malam!!!! macam biasa la..takkan nak claim standby buta2 je tanpa membuat sebarang kerja..gaji tak berkat woi..saya rasa perlu balik..seram jugak office ni bila malam..haha..maafkan saya kerana entry ni seperti tergantung..ada masa saya update lagi ye

till then