Semua tentang kita

ASSALAMUALAIKUM

Saya menulis entry ini di dalam bilik aircond yang sejuk lagi salji..saya sedang tunggu server boot up..hey anda semua tahu tak apa maknanya dengan erti persahabatan? Adakah anda semua berperasaan sedih jika sahabat anda sekian melupakan anda dan sahabat2 yang lain?

3 tahun lalu, waktu terakhir kami sama2 berada di kampus..dimana pada waktu itu kami selalu bersama saling mendokong..ewah..saya ingat lagi setiap kenangan yang terjadi antara kami semua..pergaduhan, makan bersama, study bersama..bak kata orang kampung saya, partner in crimes..bila tak cukup quota dalam group kami mesti org akan tanya, Wani mana? Nurul mana? Faiz mana? Azli mana? 3 tahun persahabatan kami di kampus..tahun ni hubungan kami sudah hampir 7 tahun..kami mengenali perangai masing2..sudah ibarat keluarga..

Sekarang segalanya sudah berubah..alhamdulillah sekarang semua dah ada improvement..saya sangat gembira dengan pencapaian masing2..kalau sahabat2 saya berjaya..saya sangat bangga dan gembira..but the other side, saya sedih dengan sikap salah seorang daripada sahabat saya..sedarlah sahabat bahawasanya kita semua berasal daripada bawah..kita sama2 melalui kehidupan selama 7 tahun ni..saling membantu dan mempercayai..dimana 'semua tentang kita'?

Sahabat yang buat saya selalu kuat dulu, hari ni telah buat saya sedih..sedarlah sahabat..kita tak ada simpan perasaan yang buruk walau sikit pun antara kita..kenapa perlu ada sifat bongkak dalam diri? Kenapa perlu menyindir bagai kita saja yang hebat?

Muhasabah kembali diri kita..adakah dengan ilmu yang kita ada segumpal cukup untuk membuang sahabat sendiri dan merasakan sahabat kita 'not my level'? Pergilah sejauh mana yang kamu mahu sahabat..pergilah terbang tinggi2..cuma jangan lupa dimana tempat kamu belajar untuk terbang :)

0 comment(s):