Surat 5 bulan

ASSALAMUALAIKUM

Lagi 5 bulan lebih untuk mendirikan rumah tangga..insya Allah..hope everything gonna be alright..tak banyak preparation yang dibuat dengan kesibukkan diri sendiri pergi kerja..tapi alhamdulillah segalanya lancar setakat ni..

Menaip guna handphone boleh tahan mencabar jugak..memerlukan jari2 yang teror menaip di papan kekunci qwerty secara visual..silap taipnya entah apa yang keluar..memanjang je typo..lepas tu guna apps blogspot ni tak boleh centre kan allignment..lagi saya stress disitu..nak bagitau taip guna papan kekunci qwerty pun dah padu satu perenggan..haih

Tergerak hati nak menaip pasal tunang saya..tak pernah pun ada compliment untuk dia secara bertulis..bila ko baca ni harap ko buang anasir2 jahat yang cuba memporak porendakan hubungan kawan yang telah terjalin sejak zaman aku praktikal dan ko baru kerja..hmm ko yang mengorat aku kan? :p

First time aku jumpa ko..sumpah tak terdetik pun nak suka ko..tetiba dah nak kahwin hujung tahun ni..hahaha..terima kasih sebab sabar..aku tau la aku macam mana..tapi bila aku emosi..ko pun nak turut serta emosi jugak..huh..aku dah kata sabar dengan aku..aku akan berkeadaan 'gila' untuk sesuatu ketika..tapi bukan bererti aku sudah give up walaupun aku kata aku give up..aku membohong je tu..saja nak provok ko dan menunjukkan protes..haha

Terima kasih sebab bersusah payah kumpul duit dan menggunakan jalan yang elok dengan datang jumpa mama dan papa aku..dan sudi jugak bawak mak dan abah ko datang rumah jumpa aku..bersyukur sebab mak dan abah ko sangat baik..lepas ni nak mengadu kat makcik kalau ko buat aku nangis ok? Yes!

Terima kasih sebab menerima family aku..ayat aku memang tipikal sangat tapi aku ikhlas ni..ko apa tau..bukan senang nak sesuaikan diri dengan keadaan baru bukan? Tapi dalam malu2 ko pun akhirnya ko jumpa jugak dengan family aku..sebenarnya ko buat aku tak lena tidur fikirkan sebenarnya ko paling berani dalam dunia aku..hahaha..ok sila muntah

Terima kasih sebab ko telah melenyapkan seluruh rasa paranoid aku terhadap kaum ko..haaa..aku mengubati hati for 3 years..alhamdulillah..ko datang dengan hajat yang mulia..ok past is past..mungkin Allah simpan perasaan aku untuk yang lebih layak..dan mungkin ko mendoakannya..aku tak tahu..

Sebenarnya aku sangat menghargai apa yang ko buat..tapi biasa la..aku kan perempuan..aku perempuan yang berperangai tulen seperti seorang perempuan..mungkin itu adalah challenging untuk ko la..kitab memahami perempuan susah nak dapat..tapi aku ada copy dan paste di blog aku dengan title "kerana dia seorang wanita"..good luck..kena mengadap perangai aku..padan muka! :p

Tapi don't worry, tunang..as long as kita boleh tolerate each other..aku rasa kita akan happy setiap hari..kalau hari ni aku meroyan..ko senyum je..esok ko meroyan..aku hantuk ko dengan kuali..melawak je..aku pun senyum jugak la..haha

Tolong jangan percaya kata2 bila aku sedang marah atau emosi..kadang2 aku bagitau sebab apa aku jadi terlalu emosi kan? Jadi ko harus faham..mungkin ko tak faham selagi ko tak berdiri ditempat seorang perempuan..keadaan setiap perempuan adalah berbeza..jangan samakan aku dengan keadaan kawan2 perempuan ko..peace

Akhir kata..terima kasih untuk segalanya..ko buat aku jadi lebih manusia..sebelum ni aku peri2 kecik..haha..sebelum ni aku kurang berfikir dengan lurus..semoga ko jadi suami aku yang paling baik dan memahami bagi aku suatu hari nanti..perkataan suami tu dah cukup untuk aku set di kepala dan otak aku bahawasanya harus dihormati..jangan break the glass dan biarkan rasa hormat aku terhadap ko tu terhakis..sama2 berusaha! Good luck..5 months to go

0 comment(s):