KPOP atau kepoci?

ASSALAMUALAIKUM

Mesti semua dah tau kan pasal kes KPOP dengan anak gadis muslimah tu kan? entry ini diterbitkan bukanlah berniat untuk mengaibkan anak2 gadis itu/ keluarganya atau saya sebagai pemegang title muslimah itu sendiri..saya juga bukanlah keyboard warrior yang hanya tahu melalak di dada blog mahupun di media sosial..saya hanya meluahkan perasaan kurang senang dan sedih saya kepada apa yang dah terjadi dengan budaya KPOP dan wanita muslimah dalam masyarakat kita..

Pertama kali saya tonton video tu..perasaan saya marah + sedih + kesal dengan perilaku muslimah yang terkinja-kinja atas pentas sambil menjerit kesukaan..disini faktornya bukan budaya atau adat..disini faktornya adalah agama..agama yang kita pegang sejak kecil sehingga kini..saya tidaklah gadis bertudung labuh mahupun ustazah..tipikalnya masyarakat kita kalau cakap baik2 mesti ustazah..menegur sesama manusia tak perlu tunggu jawatan ustazah untuk disandang..ambillah yang positif ya..

Ramai juga yang komen 'ini semua salah mak bapak'..uissshhhh..jangan sewenangnya cakap macam tu..perlu ada 99 inferens ya..kadang2 anak2 ni dah diajar dengan ilmu agama yang cukup..siang malam ibu ayah berleter tak cukup air liur..pengawasan dah ketat dah..depan mak ayah baik lentok je..bila masuk asrama dah kejutan budaya pulak..terasa diri bebas..tak ada yang mengawasi..tambah2 yang duduk rumah sewa..saya pernah duduk rumah sewa suatu ketika dulu..semuanya diatas pilihan sendiri..nak buat perkara elok atau pun tidak..sampai bila ibu bapa nak mengikut kita? anak2 dah sambung belajar..dah keluar daripada rumah..takkan ibu bapa nak ikut duduk kat asrama / rumah sewa sekali? ibu bapa sangka anak duduk baik2 kat asrama / rumah sewa dengan belajar..bila call tanya buat apa? jawab tengah study ni..nak exam..tapi saya tak menyangkal boleh jadi juga ibu bapa kurang mengawal pergerakkan anak2..saya sendiri tak tahu situasi sebenar gadis2 muslimah tu..cuma saya hanya berfikir kemungkinan..

Normal la apabila meningkat remaja ada tarikkan magnet dengan jantina yang berlainan..cuma bahayanya disini fitrah itu disalah guna..fitrah dimana Allah dah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi..fitrah dimana Allah dah jadikan lelaki dan perempuan saling mencintai..tapi bukanlah bermakna membenarkan lelaki sewenangnya memegang tubuh badan kita tanpa ada ikatan pernikahan..fikirlah Allah tuhan kita, nabi2 kita, ibu bapa kita, kaum keluarga kita, bakal suami/suami kita dan maruah kita sebelum buat sesuatu..menangis ibu bapa kita kalau tonton kita buat perkara begitu..dimana nilai harga diri kita..terleka dengan ketampanan pemuda yang boleh dikatakan bukan calon suami kita..tapi saya tidak menidakkan jodoh Allah tu..kita tak tahu..tapi agak mustahil

Panjang pulak saya membebel..cuma saya rasa sedih dan terkilan dengan perbuatan tu..memanglah..remaja..hanya mengikut hati dan perasaan..cumanya jangan mula untuk melangkah ke tempat yang tak memberikan faedah..bisikan syaitan itu sangat bahaya..walaupun seyakin manapun kita pada diri kita tak akan melakukan perkara buruk, tapi syaitan itu lebih licik dan keji untuk membawa kita hanyut dibuai kelekaan dunia..semoga semua ini menjadi pengajaran kepada mereka dan kita semua..saya rasa bersyukur masyarakat kita masih ada sensitiviti mengenai perkara ni..tegurlah mana yang termampu dan elakkan mencarut sana sini..saya tahu..semua orang marah..tapi tak perlu mencarut kot? hehe..agama tu kan nasihat..

Ada jugak insan yang mengklasifikasikan kemarahan orang ramai ni sebagai manusia2 kepoci..mungkin tersebut merasa diri high class..ini bukan isu keyboard warrior mahupun saja buat kecoh..ini isu berkaitan agama..perlu bersyukur masyarakat kita masih sedar perkara tu adalah salah dan semua ada perasaan marah daripada langsung tak da perasaan dan membiarkan anak2 gadis muslimah daripada terus hanyut..ketepikan perasaan 'high class' anda dan fikir apa akan jadi kalau dibiarkan..

Maafkan saya kalau ada ayat saya yang tak kena atau mengguris perasaan..sekadar meluahkan rasa kecewa..


3 comment(s):

Read said...

sy sokong 200 %
segala yang berlaku atas kehendak sendiri,kepoci semak

tapi kuih koci sedap haha

Rahadhatus 'Amal Fukhoury said...
This comment has been removed by the author.
Aezriani Abu Bakar said...

Jangan la sebut kuih koci masa tengah lapar ni..hehehe