Limbang yang indah

ASSALAMUALAIKUM

Setelah berbulan tak update..akhirnya hari ni jari2 ku mahu menari pula..hahaha..baru seminggu pulang daripada Limbang, Sarawak..pengalaman disana kalau ikutkan mencabar tapi hati muda (muda ke?) nak juga merasa bekerja di tempat orang..ambil call di tempat yang kita tak biasa..dengan coverage memang totally out! jalan tak de garisan..lampu jalan tak de..cepat gelap..makanan yang perlu dipilih sebelum beli..dan macam2 lagi la..

Alhamdulillah saya dapat selesaikan 3 call dan 4 maintenance..nak selesaikan 3 call dalam seminggu pun sangat mencabar ok..sebab nak order part la apa la..memang menguji kesabaran dan akal fikiran..bersendiri di Limbang merentasi Bangar dan Temburong, Brunai untuk ke Lawas..Merapok dan akhir sekali ke Sindumin, cukup jauh dan mencabar..tapi alangkah bagus keadaan trafik di Lembah Klang tenang macam disana..

Saya rindu bandar Limbang..tenang..orangnya baik2..untuk ke Limbang kalau naik Malaysia Airlines (support Malaysia Airlines!) perlu transit di Kuching dan Miri..sampai di Airport Miri baru la tukar flight ke Limbang..Saya naik MASwing ok..orang cakap naik MASwing takut..tapi saya tak takut pun malah kagum dengan kecantikkan bumi Sarawak..mulut tak berhenti ucap subhanallah..sebelum ni ke Kota Kinabalu tak pulak nampak tanah Sarawak..kali ni memang clear la..





Sampai je di Limbang saya check-in di Purnama Hotel..hotel paling 'gah' di Limbang..dan bangunan hotel tu adalah bangunan tertinggi di Limbang..Limbang merupakan pusat antara Sarawak, Brunai dan Sabah..Sabah tu mungkin jauh sikit la..sebelah Purnama Hotel ada Limbang Mall..bangunan ni ibarat 'magnet' kepada pembangunan di Limbang..kedai2 semua berpaksi kepada bangunan Purnama Hotel dan Limbang Mall ni..bangunan tu berwarna warni..comel kan?





Lepas balik daripada kerja saya mesti singgah kat Sungai Limbang..diseberang sungai ada perkampungan..saya cari kat google orang kata nama kampung tu Kampung Awak-awak..betul2 mengadap mall, pasar dan jeti..tu la saya kata tadi..ia seakan magnet..hehe




Seberang jalan disebelah kanan gambar kat atas ada Muzium Limbang..seram tapi menarik..di bahagian bawah muzium tu adalah bekas tapak tahanan..muzium ni dulunya adalah kubu yang dibina oleh Charles Brook pada tahun 1897 dan bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula seperti gambar dibawah ni la..




Gambar dibawah ni adalah kaum2 yang terdapat di Limbang..seriously saya tak dapat nak tentukan penduduk di sana kaum apa..jadi nak bagi salam pun macam musykil..jadi saya senyum dulu..kalau mereka bagi salam baru saya sambut..hehe..mereka berbagai bangsa tapi mereka sangat baik..betul tak tipu..




Kemudian Taman Tasik Bukit Mas..mungkin awak semua pernah tengok taman tasik atas bukit..tapi saya tak pernah tengok! first time..teruja yang luar biasa..sangat cantik dan tenang




Gambar2 dibawah ni adalah sekitar Limbang..penat saya nak menaip..layan gambar kejap ye







Kemudian daripada Limbang ke Lawas akan merentasi Bangar dan Temburong, Brunai..jadi akan jumpa kawasan sawah bendang dan Bukit Patoi seperti gambar dibawah ni..





Kemudian perjalanan ke Lawas dan Merapok daripada Limbang..view cantik ye..ala2 kat Kedah sana nuhhh



Gambar dibawah pulak Pekan Bangar, Brunai




Dalam sibuk bekerja sempat lagi curi masa ke Bandar Seri Begawan..mengambil masa 1 jam perjalanan..jauh hoiiii










Actually dah malas nak menaip ni..haha..tapi apa yang boleh disimpulkan kat sini..Limbang, Bangar, Temburong, Lawas, Merapok dan Sindumin adalah suatu 'pengembaraan' yang menarik dan tersimpan culture yang sangat unik..dan bekerja disana adalah sesuatu yang mencabar, perlukan keberanian dan perasaan ingin cuba dan nekad..disana seorang diri..drive seorang diri..makan seorang diri..jalan2 seorang diri..kenal dengan ramai orang..boleh kata banyak kenangan yang baik..kenangan yang tak baik saya jatuh tergolek tepi jalan sebab selipar licin..ada lumut tepi tu..hahaha

Till then.

0 comment(s):