SALE EXTENDED: Big Bad Wolf Books 2014!!!!

ASSALAMUALAIKUM

Ia seakan menggoda saya untuk ke sana





MARI!!!!!!


Till then.

Limbang yang indah

ASSALAMUALAIKUM

Setelah berbulan tak update..akhirnya hari ni jari2 ku mahu menari pula..hahaha..baru seminggu pulang daripada Limbang, Sarawak..pengalaman disana kalau ikutkan mencabar tapi hati muda (muda ke?) nak juga merasa bekerja di tempat orang..ambil call di tempat yang kita tak biasa..dengan coverage memang totally out! jalan tak de garisan..lampu jalan tak de..cepat gelap..makanan yang perlu dipilih sebelum beli..dan macam2 lagi la..

Alhamdulillah saya dapat selesaikan 3 call dan 4 maintenance..nak selesaikan 3 call dalam seminggu pun sangat mencabar ok..sebab nak order part la apa la..memang menguji kesabaran dan akal fikiran..bersendiri di Limbang merentasi Bangar dan Temburong, Brunai untuk ke Lawas..Merapok dan akhir sekali ke Sindumin, cukup jauh dan mencabar..tapi alangkah bagus keadaan trafik di Lembah Klang tenang macam disana..

Saya rindu bandar Limbang..tenang..orangnya baik2..untuk ke Limbang kalau naik Malaysia Airlines (support Malaysia Airlines!) perlu transit di Kuching dan Miri..sampai di Airport Miri baru la tukar flight ke Limbang..Saya naik MASwing ok..orang cakap naik MASwing takut..tapi saya tak takut pun malah kagum dengan kecantikkan bumi Sarawak..mulut tak berhenti ucap subhanallah..sebelum ni ke Kota Kinabalu tak pulak nampak tanah Sarawak..kali ni memang clear la..





Sampai je di Limbang saya check-in di Purnama Hotel..hotel paling 'gah' di Limbang..dan bangunan hotel tu adalah bangunan tertinggi di Limbang..Limbang merupakan pusat antara Sarawak, Brunai dan Sabah..Sabah tu mungkin jauh sikit la..sebelah Purnama Hotel ada Limbang Mall..bangunan ni ibarat 'magnet' kepada pembangunan di Limbang..kedai2 semua berpaksi kepada bangunan Purnama Hotel dan Limbang Mall ni..bangunan tu berwarna warni..comel kan?





Lepas balik daripada kerja saya mesti singgah kat Sungai Limbang..diseberang sungai ada perkampungan..saya cari kat google orang kata nama kampung tu Kampung Awak-awak..betul2 mengadap mall, pasar dan jeti..tu la saya kata tadi..ia seakan magnet..hehe




Seberang jalan disebelah kanan gambar kat atas ada Muzium Limbang..seram tapi menarik..di bahagian bawah muzium tu adalah bekas tapak tahanan..muzium ni dulunya adalah kubu yang dibina oleh Charles Brook pada tahun 1897 dan bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula seperti gambar dibawah ni la..




Gambar dibawah ni adalah kaum2 yang terdapat di Limbang..seriously saya tak dapat nak tentukan penduduk di sana kaum apa..jadi nak bagi salam pun macam musykil..jadi saya senyum dulu..kalau mereka bagi salam baru saya sambut..hehe..mereka berbagai bangsa tapi mereka sangat baik..betul tak tipu..




Kemudian Taman Tasik Bukit Mas..mungkin awak semua pernah tengok taman tasik atas bukit..tapi saya tak pernah tengok! first time..teruja yang luar biasa..sangat cantik dan tenang




Gambar2 dibawah ni adalah sekitar Limbang..penat saya nak menaip..layan gambar kejap ye







Kemudian daripada Limbang ke Lawas akan merentasi Bangar dan Temburong, Brunai..jadi akan jumpa kawasan sawah bendang dan Bukit Patoi seperti gambar dibawah ni..





Kemudian perjalanan ke Lawas dan Merapok daripada Limbang..view cantik ye..ala2 kat Kedah sana nuhhh



Gambar dibawah pulak Pekan Bangar, Brunai




Dalam sibuk bekerja sempat lagi curi masa ke Bandar Seri Begawan..mengambil masa 1 jam perjalanan..jauh hoiiii










Actually dah malas nak menaip ni..haha..tapi apa yang boleh disimpulkan kat sini..Limbang, Bangar, Temburong, Lawas, Merapok dan Sindumin adalah suatu 'pengembaraan' yang menarik dan tersimpan culture yang sangat unik..dan bekerja disana adalah sesuatu yang mencabar, perlukan keberanian dan perasaan ingin cuba dan nekad..disana seorang diri..drive seorang diri..makan seorang diri..jalan2 seorang diri..kenal dengan ramai orang..boleh kata banyak kenangan yang baik..kenangan yang tak baik saya jatuh tergolek tepi jalan sebab selipar licin..ada lumut tepi tu..hahaha

Till then.

Selamat Hari Raya 2014!

ASSALAMUALAIKUM

hai..macam tak percaya saya kembali..betul ke ni..apa pun cuma rasa berkeinginan nak menaip..menghidupkan kembali blog yang menjadi kenangan kepada saya sejak sekian lama (walaupun dah dipadam post beribu kali)

bila mula update blog menandakan saya terlebih dos tengok youtube..haha..saya bekerja pada hari raya ke 3 (padahal kena standby tapi lari balik kampung)..sedih kan..tak pernah cuti sekejap je raya..saya redhooo ;)

saya dah mula merepek..nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua..ampunkan salah silap..dosa kecil dan besar..semoga anda semua beraya dengan waras dan tak tertelan buluh lemang! haha


Till then.

TERIMA KASIH

Assalamualaikum

hari ni 2 Mei..seperti hari2 biasa..saya masih bekerja..kebetulan minggu ni saya di customer site di tettt tetttt tetttt..haha..dah berbulan2 tak update..busy..sangattt busy..oleh kerana hari ni tarikh yang best..jadi nak menaip sikit la..

ucapan pertama saya ditujukan kepada mama saya..thanks ma sebab melahirkan dan membesarkan..i know u are very very very gagah..sejak saya berada 2-3bulan di dalam kandungan mama saya..mama saya sudah dimasukkan ke wad..sampai la saat melahirkan saya..dan kelahiran saya tak normal seperti orang lain pada ketika tu..masa tu kaedah caeserean agak jarang..dan doktor benarkan saya pulang ke rumah tetapi tidak kepada mama saya..setiap kali hari lahir saya bukan saya yang sepatutnya mendapatkan ucapan 'happy birthday'..'selamat hari lahir'..'sanah helwa' dan sebagainya..tapi mama saya lebih berhak menerima ucapan tu..terima kasih sekali lagi melahirkan dan membesarkan saya..hanya Allah yang tahu sebesar mana pengorbanan seorang ibu..

Saya bersyukur..dalam kesederhanaan hidup dan kasih sayang daripada Allah Taala ni..walaupun pelbagai dugaan melanda dalam hidup saya..saya masih mampu untuk teruskan perjalanan..Allah adalah sebaik2 pelindung..Allah adalah segalanya..kepada mama..papa..abang..kakak dan semuanya di dalam keluarga saya..terima kasih..dan kepada kawan2 dan sahabat saya..wani, nurul, azli, faiz, akmal, aiman dan semuanya..terima kasih membantu saya sepanjang perjalanan hidup saya..

Alhamdulillah sekali lagi..dengan rezeki yang Allah berikan..saya dapat kerja selepas saya habis pengajian saya..terima kasih kepada guru2 saya..lecturer2 saya..instructor2 saya..kalian bukan saja mengajar saya ilmu akademik tetapi juga mengajar saya ilmu kehidupan..

bukan nak cerita sedih mahupun berdrama disini..tapi saya ingin melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Allah dan orang2 yg berada disekeliling saya..mungkin lah terkadang saya lupa dimana kaki saya berpijak..saya minta maaf jika ada perlakuan saya yang mengguris perasaan kalian semua..kehidupan saya bahagia di dalam kasih sayang Allah dan kewujudan kalian semua..terima kasih


my life caffeinated !

ASSALAMUALAIKUM

semenjak saya bergelar seorang pelajar..tak tidur malam adalah perkara normal..ada kerja atau tak de kerja tetap tidur lewat..jam tidur dah berubah..malam adalah waktu 'kerja' seorang pelajar..buat assignment, study and the other things (especially doing laundry..heks!)

muka nampak lebih tua..dah tak peduli soal jerawat, jeragat atau masalah2 kulit yang lain..this is what we call student life..but now saya adalah sebahagian daripada seorang pekerja..time management memang failed! tetap sama macam full time student (walaupun saya adalah full time student)..work based learning adalah konsep dimana saya perlu bekerja sambil belajar..at the early of the 2nd & 3rd semester, kami belajar macam student biasa..ada assignment, kuiz, test but NO FINAL EXAM! hahaha..but after almost 3 months, kami adalah seorang pekerja..masa ni la yang bermasalah sikit..kadang ok kadang tak berapa ok..buat preventive maintenance adalah yang paling memenatkan..balik rumah memang pengsan tak sedar diri (duduk rilek kat ofis pun penat jugak)..hahahaha

okay i know

life is not about complaining..a lot..like me

complain less and be happier

my life caffeinated


kejayaan

ASSALAMUALAIKUM

nak berjaya? susah ke senang?

IA SANGAT SUKAR APABILA KAMU BERTARUNG SEMANGAT UNTUK TERUSKAN PERJALANAN TANPA ADA YANG MENYOKONG

berjaya atau tidak bergantung kepada 'mind set' kita sendiri

ia juga ada kaitan dengan environment

mungkin juga faktor pemakanan..pemakanan??? kalau tak ada sel2 yang dapat hubungkan otak mana mungkin kamu boleh menghafal sifir 5 dalam masa 3saat

usaha tanpa bertindak barangkali adalah titik ketidak berjayaan itu..usaha tanpa bertindak??? berusaha membaca siang dan malam sampai 14jam sekalipun jika anda tidak menduga pemahaman anda/ buat latihan dan anda hanya membaca kosong je, itu mungkin tak ada tindak balas yang dinamik

Allah..itu sudah mesti..Pencipta yang Maha Mengetahui..jika anda tak faham anda akan rujuk buku rujukan seperti Sasbadi (sangat popular ketika saya bersekolah dulu), Penerbit Fajar Bakti yang saya sangat suka usya logonya..entah kenapa tapi macam nak usya..macam tu jugak la bila kita tak faham kita akan berbalik kepada Allah..jangan lupa zikir Ya Hakim apabila anda terlupa sesuatu (tips!)

tapi berjayakah saya? belum..kenapa? manusia sentiasa belajar daripada alam sekeliling, kesilapan, pengalaman..menuntut ilmu tu kan biar la sampai ke negeri China..manusia sentiasa mengejar kejayaan tak kira daripada segi kehidupan, akademik mahupun fizikal..fizikal? ye la..kalau nak diet tu pun perlukan usaha sampai berjaya..dah berjaya buat2 lupa diri lepas tu makan ayam 2-3ekor..gemuk balik..kejayaan tu bersifat pemboleh ubah dimanipulasikan..ia sentiasa berubah2 mengikut keadaan

saya masih mengejar kejayaan tapi adakalanya saya rasa sangat sukarrrrr untuk ditempuhi..kekuatan diri amatlah diperlukan

Tips menghilangkan lapar, dahaga dan letih di bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah..hari ni adalah hari ke 3 kita berpuasa..masa berlalu terlalu pantas..walau apa pun kat sini saya nak kongsi tips menghilangkan lapar dan dahaga di bulan ya mulia ni daripada segi 'saintifiknya'..hahaha

okay bagi petua tak nak bagi dahaga semasa di bulan puasa..masa sahur tu minum la air suam contohnya milo suam, teh suam atau apa2 yang suam..tapi paling baik plain water la atau dalam bahasa melayu, air putih..insya Allah tak rasa dahaga di waktu kita berpuasa..ni petua daripada mama saya..saya dah amalkan bertahun2..alhamdulillah..sangat berkesan..

bagi petua nak menghilangkan rasa lapar pulak..okay ni bukan petua daripada segi saintifik..ni petua daripada segi nuraninya..hehe..engineer/instructor di mesiniaga, En. Che Ismail ada bagitau saya, untuk menghilangkan rasa lapar kita kena ingat balik apa dosa yang kita dah buat hari tu atau apa2 kesalahan..bila dah ingat, istighfar dan berdoa la..mintak ampun daripada Allah SWT..insya Allah puasa kita akan berjalan dengan lancar..bila lapar je ingat la apa perkara yang salah yang kita dah lakukan..

sebagai tambahan..petua untuk menghilangkan letih..ye la mungkin bagi sesetengah individu ni dia bekerja berat..ada yang memerlukan kekuatan fizikal..ada yang memerlukan tumpuan mental..jadi ambil la masa 10-15minit sebelum waktu zohor untuk lelap/tidur kejap bagi recharge tenaga..ni petua daripada En Che Ismail jugak ni..hehehe

okay till then


*tujuan artikel ni hanya untuk perkongsian ringan bagi mereka yang memerlukan..tapi untuk tips yang betul2 berkesan bolek rujuk di KONGSIBERSAMANORA, PETUASEJAGAT, ISMIILHANI dan lain2..boleh rujuk di google.com ye..hehe

Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Diabetis

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak update mengenai penjagaan kaki bagi pesakit diabetis..okay artikel ni daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia yang saya ambil kelmarin..orang yang tak ada penyakit diabetis macam saya ni pun boleh amalkan..bagi saya risalah ni agak menarik..hehe

Okay, bagi pesakit diabetis diluar sana, setiap pesakit perlu sentiasa menjaga kesihatan kaki..kita mulakan artikel ni :

Bagi pesakit diabetis, penjagaan kaki perlu dititik beratkan. Ini kerana anda akan mengalami gangguan peredaran darah terutama di bahagian kaki yang boleh menyebabkan kerosakkan saraf dan saluran darah.

Kerosakkan saraf akan mengakibatkan anda kurang atau tidak merasa sebarang kesakitan, kepanasan dan mengakibatkan kaki anda mudah tercedera tanpa anda sedari.

Kerosakkan saluran darah akan menghalang pengaliran darah menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan oksigen dan zat-zat yang terkandung di dalam darah. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki anda lambat atau tidak akan sembuh.

Luka yang tidak dirawat dengan baik, berisiko untuk mendapat jangkitan. Ini menyebabkan tisu-tisu akan mati (gangrene) dan jika semakin merebak, kaki anda perlu dipotong bagi menyelematkan nyawa anda.

Bagi mengekalkan kesihatan kaki anda dan mengelakkan komplikasi, anda hendaklah mengamalkan langkah-langkah penjagaan kaki ini :

  • Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah-celah jari kaki setiap hari
  • Keringkan kaki dengan tuala bersih dan lembut terutama di celah-celah jari kaki
  • Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah-celah jari
  • Selalulah mengurut kaki anda termasuk jari-jari kaki anda dengan tangan secara perlahan-lahan
  • Bagi melindungi kaki anda, gunakan sarung kaki jenis kapas yang dapat menyerap peluh dan membolehkan kaki lebih selesa dan sentiasa kering. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang edaran darah kaki anda. Tukar sarung kaki setiap hari
  • Elakkan 'berkaki ayam' ketika berada diluar rumah atau di dalam rumah. Ini bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda-benda tajam atau panas
  • Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda
  • Setiap kali sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan teliti bagi mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda
  • Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepinya. Kikis pinggir kuku agar ianya tidak tajam. Gunakan penyepit kuku dan jangan gunakan peralatan yang hujungnya tajam
  • Jangan merendam kaki anda lebih dari 5minit dan di dalam air panas
  • Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama
  • Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat yang terang. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau minta bantuan orang lain. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki untuk mengesan :
  • Rekahan pada kulit
  • Calar
  • Kudis/bisul
  • Bengkak
  • Luka
  • Lepuh
  • Perubahan warna kulit
  • Callus/corns/tinec
  • Luangkan beberapa minit sehari berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan


Selain dari komplikasi pada kaki, anda juga mudah mendapat komplikasi yang merbahaya seperti strok (angin ahmar), serangan jantung, kerosakkan buah pinggang dan buta. Anda perlu bertindak bijak mengawal diabetis sebaik mungkin.

*sumber daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit Darah Tinggi

ASSALAMUALAIKUM

Okay, kali ni update pasal risalah yang saya ambil tu..dimulakan dengan penyakit darah tinggi..jangan ingat hanya senior citizen je alami penyakit ni..sekarang ni yang muda mudi pun dah ada menghidap darah tinggi..sangatlah bahaya..jadi anda semua perlu tahu, okay?

Apa dia tekanan darah?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan  terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut

120/80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung..ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman..ia dipanggil tekanan diastolik.

Pemeriksaan tekanan darah secara berkala boleh mengesan Penyakit Darah Tinggi bermakna bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90mmHg atau lebih.

(sumber daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tekanan darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa..ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda..jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apa dia tekanan darah tinggi?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.

Tekanan darah optima : 130/80mmHg

Tekanan darah tinggi : lebih daripada 130/85mmHg..misalnya, jika tekanan melebihi 180/110mmHg..kadar tekanan darah anda terlalu tinggi.

Mengapa anda perlu mengetahui tentang darah tinggi?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala..anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat..hanya satu cara mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.

Komplikasi tekanan darah tinggi?

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti 
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakkan buah pinggang
  • pengerasan arteri (arteriosclerosis)
  • kerosakkan mata yang boleh menyebabkan kebutaan

Jika tekanan darah anda optima (130/80mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara :

1. Memeriksa tekanan darah anda secara berkala :
- 2 kali setahun jika kadarnya normal
- lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi , angin ahmar atau serangan jantung.

2. Tidak merokok :
- nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat..nikotin juga menyempitkan saluran salur nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

3. Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan :
- garam : garam yang berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya..ini akan meningkatkan tekanan darah.
- lemak : lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

4. Kekalkan berat badan unggul.

5. Bersenam secara berkala.

6. Elakkan pengambilan alkohol.

(gambar daripada google.com)

*sumber artikel daripada risalah Kementerian Kesihatan Malaysia


anda mahu derma organ?

ASSALAMUALAIKUM

hari ni saya ke Hospital Tetttt lagi..hari ni bukan treatment untuk saya tapi untuk mama saya..tak jumpa doktor pun..ambil darah je..balik daripada Jabatan Pesakit Luar (OPD) tu saya jalan daripada OPD ke bangunan Klinik Pakar (oh sangat letih..jauhhh sangat)..bangunan baru lagi canggih..haha..sementara tunggu abang saya ambil saya dengan mama saya kat situ, saya 'tengok2' rak pamphlet atau risalah..best jugak kalau saya ambil, baca dan share dekat sini..hehe (sejak bila tah la nak ambil tau pasal penyakit ni)..eh tapi bagus ok untuk pengetahuan ;)


banyak tak? tak pe..saya bukan nak ambil dan buang..saya ambil dan share..hehe

tapi ada 1 kad yang diletakkan bersama risalah2 ni..sangat tertarik dan menarik




ni adalah borang/kad ikrar penderma organ..bagi sesiapa yang berminat boleh la ambil kad ni di ruangan risalah di hospital berhampiran..disertakan dengan kad penderma organ yang dilekatkan bersama dengan borang tu..(promote2)..hehe..besar sumbangan awak2 jika awak2 turut serta menderma ni (cakap lebih tapi saya sendiri pun tak daftar..hehe)